UMT : Universiti Malaysia Terengganu?


Assalamualaikum, hi!



Dengar cerita harini keputusan UPU 2016 dah keluar ye? Wah wah wah. Tahniah lah kepada semua yg berjaya menempatkan diri ke alam Universiti kelak. So, apa korang rasa? Happy tak? Ke hati tengah berbelah bahagi? Ekeke :P


Btw, congrats to my adik sedara sebab berjaya mendapat tawaran from UKM kos Biokimia. Alahai dekat sangat dengan rumah. 5 minit dah sampai. Memang kaw2 boleh save duit makan ni sebab boleh balik setiap minggu. Haha. Setiap hari pun boleh agaknya. Takyah nak fikir pasal yuran asrama sangat. Feh tahniah lah Ayun. Wakaka.


Okay, kepada sesape yg tak berjaya nak masuk universiti idaman korang, jangan risau k! You're going to have fun at your new place soon. Masa dulu aku pun sama. Bukannya suka dapat UMT ni. UMT ni celah mana pun taktahu. Jejak kan kaki kat Terengganu pun tak pernah! Haha peh sadisnya hidup ko dayah.


Org kata, kalau dapat tawaran U yg kita TAK apply dalam borang UPU, means kita dapat kos lelong. Eh betul ke? Kadang2 betul, kadang2 tak jugak. Sebenarnya kalau nak masuk U yg top2 tu pointer & soft skills pun kena top jugak. Tp, kadang2 ada jugak org yg pointer and soft skills dia mantop tapi takdapat top U. Itulah yg dinamakan rezeki weh. Apa2 pun, rezeki Allah tu luas & semua org hebat k!


Sebenarnya, belajar lah kat mana2 pun sama je. Cuma cara penyampaian oleh para pensyarah  dan environment U tu berbeza. Siapa usaha, dia berjaya. Jgn risau sgt lah dapat U mana sekali pun. Cuba bayangkan kalau tak dapat tawaran U langsung? Haaaa. Nak masuk U zaman skrg ni pun susah. Semua bijok belake. Huhu. Well, mcm biasa, Allah tahu itu terbaik utk kau. Kalau masuk top U pun tapi tak perform tak guna jugak. Ye dok?


Aku masa mula2 pun tak suka tawaran yg aku dapat. Sbb jauh daripada rumah kot. Homesick! Member2 dapat offer best2. Dapat pergi oversea, masuk top U. Mmg masa tu tak habis2 rasa nak compare dgn org lain.


Tapi bila dah jejakkan kaki kat UMT aku dah boleh adapt and makin lama makin sayang kat UMT ni. Dah masuk final year dah. Huhu. Aku banyak belajar hidup berdikari kat sini. Aku redha. Bila redha, inshaaAllah semua yg kita buat akan smooth je. Belajar pun ok.


Ingat ni :

"but it is possible that u dislike a thing which is good for u, and that u love a thing which is bad for u. But Allah knows, and u know not." (quran, 2:216)




boleh pulak terjumpa kat pesbuk benda alah ni. wakaka



Haaa, betul tak apa yg ada dalam gambar ni? Wakaka. Well, dulu aku pun rasa camni gak. Sebab tak pernah tahu pun kewujudan UMT ni. Cuak jugak mula2 sebab tak ada member rapat yg dapat UMT. Kalau ada pun, tapi kos lain2. Wuuu. Memang hadapkan ajelah~


Aku banyak gak google pasal UMT ni masa first time dapat tawaran. Aku berbelah bahagi nak pilih masuk mana. Samada UniKL ataupun UMT. Aku tak ingat nama UniKL tu. Tapi area rumah aku je. Dekat sangat. Tp yg tu kos Chemical Engineering.


And at last, aku cuba beranikan diri nak belajar jauh. So, aku pilih UMT. Dalam Malaysia je padahal. Tu pun nak kecoh homesick bagai. Wakaka. Aku dapat kos Sains Kimia. Padahal dalam borang UPU aku apply Sains Biologi. Dah lah masa dulu aku anti betul dengan Kimia ni. Tapi itu dululah. Skrg tak dah.


Masa awal2 aku google pasal UMT tahun 2014, memang aku tak dapat banyak info sangat pasal struktur UMT tu mcm mana. Cari kat youtube pun tak jumpa. Bila aku dah masuk UMT baru wujud channel UMT official. Tak silap aku dalam awal tahun 2015 kot. Rasanyalah.


Ok, aku selit short video kawasan UMT bagi sesape yg nak tahu gambaran UMT tu mcm mana.  




Ok, sila tekan! :P
Yep, belakang UMT ada pantai. Tapi, dah terhakis hujung tahun 2014 tak silap :(
Banjir teruk sangat. So, mmg bahaya lah nak prgi pantai belakang tu. Hukhuk




Video korporat. Btw, UMT ekceli kecik shomel je. Kiranya, kalau ko nak
gi kelas jalan kaki pun ok je. Takpayah nak berkenderaan bagai.
Kau boleh kurus pulak teww! Hiks~




Intro.




Program wajib UMT ; Survival Laut. Tp, taktahu lah still ada lg ke tak afterwards.
Sebab dgr cerita batch kitorang last. "Dgr cerita" k. So taktahu sohih ke idok.
Tu pun masa 2nd year baru dapat merasa. Ok lah, alhamdulillah! Heeee~



Fyi, UMT ni bukan calang2 universiti tau. Haaa, sebab apa aku kata camtu? Sebabnya UMT ni merupakan tempat khas utk kaum kerabat sejenis binatang ni. Mmg famous sgt lah diorang ni. Nak tahu tak natang apa tu?


Jeng jeng jeng...


Hanya orang yg masuk UMT je akan tahu natang apakah iteww. Wakaka. Tp aku bg hint sikit lah ek? Cewahh. Kaum kerabat diorang ni dikategorikan haiwan jenis reptilia. Nnti korang nak gi kelas konfem akan jumpa dgn kawan baru korang ni. Say hai sikit lah nnti. Guwa sampai sekarang cuaxx dgn diorang ni. Wakaka. Tp diorang tak kacau org pun. Jgn risau k!


UMT jugak the only university yg betul2 tepi pantai dekat dalam Malaysia ni. Ke ada jugak U lain? Haha. UMT ni memang sangat dikenali dengan laut and skrg ni dah jadi lokasi pilihan tempat utk berlakon tau! Last time Mira Filzah dengan Aliff Aziz berlakon kat UMT ni. Aku tak sure lah cite apa. Mmg lpsni UMT ni hot sangat~ 

p/s : UMT memang dah hot pung skang ni. Sebab tepi laut kan. So, get ready lah gais utk gelapkan kulit! muahaha.


UMT ada pulau sendiri. Nama pulau tu Pulau Bidong. Ok, nanti aku cerita next entri pasal Pulau Bidong k. Kos2 yg berkaitan dengan laut mcm Marine Science, Marine Biology, Nautical Science, Kimia Analisis and a few more mmg akan turun laut lah untuk scuba diving, snorkelling utk carik sample. 


Kat UMT ni pun boleh amek lesen scuba ikut harga student. Tapi, kalau mcm kos aku mmg tak turun laut lah. Duduk dalam lab je manjaaaang. Ok, iols nak payung sikit lah gambar iols yg suka perasan ni. Hahaha.




Ok, ni gambar aku masa mula2 nak teroka UMT.
Trademark UMT #TerokaanSeluasLautan mcm biasa~




Ok, ni gambar masa tgh buat experiment column chromatography. 
Tak boleh nak buat atas bench site sebab nnti jenuh nak panjat kerusi.
Silap2 pecah burette tu. Beratus woih nak ganti satu burette tu je. Wakaka



Oh btw, nk ckp sikit yg skrg ni pengkelasan ijazah kat UMT dah tukar. Masa dulu 3.5 tu dah dikira Cemerlang. But now, pointer 3.67 - 4.00 baru dikira cemerlang. Maknanya first class honor lah. 2.00 - 3.66 dikira kepujian. So, dah boleh tanam dalam diri utk usaha dapat good pointer! Hehe. Yelah, drpd asek dok fikir tak suka tawaran U yg kau dapat, baik focus terus matlamat & cita2 utk masa depan. Kannnn? Hehehehe.


Ok tu je kot aku nak cakap. To those yg dapat tawaran UMT, tahniah tau! Grab this chance. Kalau ada persoalan, tinggalkan lah persoalan yg bermain di minda anda tu dekat komen. InshaaAllah aku sudi jawab. Heeeeeeeeeeee~


Oh, kalau malu2 nak tanya kat sini pun takpe. Sape2 yg ada pesbuk tu, join lah group Freshies of UMT (sila tekan) tau! Nak tanya mcm2 kat situ sangat dialu2 kan. Ramai seniors from different courses kat situ. InshaaAllah diorang akan menjawab segala persoalan anda. Tp, tanyalah benda pekdah sikit. Jgn lah hang dok tanya nak bawak kasut jenis apa kat UMT tu. Kes ni berlaku bro. Hahaha mentang2 lah UMT ni pernah banjiaq teruk! Yg penting sediakan payung sebelum hujanggg. Bye!





Thank you for reading! :)


Comments

  1. Huhuhu, betul sgt, org selalu tertukar unimas dgn ums. Tp semalam saya tertukar ump dgn uum. Okay skrg kena igt bebetul ahaha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sy dpt tawaran umt ekonomi (sumber alam) tapi tak tahu boleh buat kerja ekonomi tapi tahu pasal kerja akaun dan ada minat. Saya berfikir untuk try ipts

      Delete
    2. Hi. I hope you do a very extensive research and reading for your decision. If you are reading this, in reality world especially in Malaysia, kebanyakan graduan degree end up tak kerja di dalam bidang yg mereka belajar sewaktu degree. Nasihat saya, pelajari lah bidang yg awak minat dan expand your knowledge. Don't limit yourself to certain knowledge yg you only comfortable with.

      Whatever you choose in your life, I wish you all the best!

      Delete
  3. Muhammad Nor Ikmal6 March 2018 at 18:53

    Boleh akak ceritakan sikit pasal asasi stem??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik. Asasi STEM di UMT ni merupakan program baru bagi tahun 2018. Jadi saya tak ada pengalaman mengenai asasi tersebut since saya baru graduate tahun 2017. Mungkin adik boleh refer website ni https://www.umt.edu.my/doc/prospektus_stem.pdf . Kalau untuk lebih detail, minta maaf ya saya tak boleh bantu :(

      Delete
    2. salam,abang jadi ke amik asasi stem dulu?,boleh cerita sikit pasal asasi stem kat saya :)

      Delete
  4. akak boleh tak cerita pasal sains kimia

    ReplyDelete
    Replies
    1. briefly sains kimia @ UMT, 3 tahun je. Quite pack utk setiap sem. Sbb usually saya punya jam kredit dari sem 1 - sem 4 dalam around 23 jam. Start final year (sem 5 dan 6) jam kredit below 18 jam. Kalau boleh jgn fail mana2 subjek. sbb nnti akan membazir masa sbb kena repeat. u can do it. Chaiyok! sains kimia tak belajar subjek kimia semata. ada campur subjek matematik, fizik dan bio juga which are subjek "yang wajib". ada few subjects lain kena ambil juga utk cukupkan syarat graduat sebanyak 121-122 jam, if im not mistaken

      Delete
    2. Dear All السلام عليكم
      I need some help regarding my admission for Phd in mangment at UMT.Please any one help me and guide me in this regard. AND ALSO GUIDE FOR FEE AND GRANTS FOR INTERNATIONAL Students
      “May ALLAH SWT keep you happy, and reward you for this” (Ameen)

      Delete
    3. Waalaikumussalam. The least I could help is you can directly go to the UMT website specifically for international students. Here I attach together the link that you can refer to > http://ic.umt.edu.my/?page_id=2079

      You can download the postgraduate brochure in PDF form there > Postgraduate: http://www.umt.edu.my/doc/prospektus_postgrad.pdf

      For further information/inquiry, you may directly ask the person incharge. Here, I also include the details of contact number/email that you can reach to (which I got from the PDF form of UMT's postgraduate) :

      INTERNATIONAL SERVICES DIVISION
      UNIVERSITY SERVICES DEPARTMENT, REGISTRAR’S
      OFFICE
      Universiti Malaysia Terengganu
      21030 Kuala Terengganu
      Terengganu, Malaysia
      Telephone : +609 668 4428/4146
      Facsimile : +609 668 4325
      E-mail : ic@umt.edu.my


      I hope this helps. Wish you all the best with your postgrad journey!

      Delete
  5. well said about UMT. good job. proud to be UMTians.

    ReplyDelete
  6. http://beki-kputer-intenet.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Hai kak. Sama laa nama kita. Hehehe. Thanks sbb bagi motivasi before nak masuk Umt next month.

    ReplyDelete
  8. tups nak dpt asrama sem 2 plsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Sorry. I cannot guarantee that if you follow on things that I did during my degree study, will ensure you to get asrama.

      But I just share ok? :)
      Alhamdulillah, I manage to get asrama for 3 years = 6 semesters during my degree study.

      I started to join MKS during 1st semester and never thought that I could get a chance to be one of the MKS members. So, I give my commitments like almost 90%, to handle the programs together with other MKS teams. Other than that, I also joined my Chemistry club program whenever I got some free time.

      So my point here, you need to be active and proactive during your study. Plus, co-curriculum activities must also concomittant with your pointer. I mean like, you must active in koko and also balance with your study. Masa buat permohonan asrama secara online/manual, make sure all your supporting documents are endorsed (pengesahan) from your mentor or any lecturers that willing to help you. If you already done all of this, and you tak dapat asrama, find your mentor or any authorized person untuk buat permohonan rayuan. Buat surat sokongan. Itu apa yg org sebelum ni, dan I dah buat untuk permohonan asrama. Selebihnya, doa banyak2 ok :) sbb blok asrama di UMT, I know very limited. Its okay, pengalaman. All the best!

      Hope this helps! :)

      Delete
  9. sis,saya hanya dapat 2.67. tapi saya apply program di umt dengan kos pelancongan. adakah saya berpeluang mendapat twmpat di umt ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh tgk minimum syarat kelayakan di pdf link berikut (sila copy dan paste url berikut) >
      https://www.umt.edu.my/doc/prospectus_spm.pdf


      inshaaAllah kalau ada rezeki, ada peluang awak untuk masuk UMT :) All the best!

      Delete
  10. hai hai haiiii!! cari page sk umt tp terjumpa yg ni hahah. Rindunyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. kann!! glad that I wrote this entry few years back

      Delete
  11. Saya dpt kos sains kimia kat umt. Susah x kos ni akak and kos ni kna banyak blajar ttg apa yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah congrats dik! susah itu adalah subjektif. tapi just do your best and always ask lecturers kalau tak paham. lecturers sains kimia are nice and so helpful. utk sains kimia, ada beberapa subjek yg wajib dan elektif yg kena ambil every semester utk cukupkan syarat graduasi.

      Antara subjek yg kami belajar (2014-2017) :
      Kimia organik
      Kimia tak organik
      Kimia fizik
      Kimia polimer
      Natural products
      Biomolecule chemistry
      Electrochemistry
      Biologi sel dan molekul
      Matematik
      Statistik
      Analytical chemistry...

      And few others..

      Tp, saya tak pasti kalau ada perubahan untuk batch seterusnya.
      All the best!

      Delete
    2. if you are from matriculation, study/polish semula subjek kimia, bio, matematik and fizik. sbb basic yg u belajar masa matriks/asasi akan diguna semula dalam degree sains kimia. subjek english pun ada juga

      Delete
  12. Kalau nak prepare pasal sains kimia nak rujuk kat mna ya

    ReplyDelete
  13. Hai akak, saya dapat sains marin and saya tak suka sangat nak berpanas- panasan. Saya nak tanya betul ke sains biologi mmg duduk dekat lab je tak ke laut?? Sebab saya risau course saya akan selalu ke laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kenapa tak suka berpanas-panasan? sorry wak, kita tak pasti la bab duduk lab and turun ke laut tu

      Delete
  14. Akak kalau course sains marin selalu tak turun laut kak?? Saya tengah contemplating nak tukar course ke sains biologi atau bio marine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sorry dik, kita tak sure la. Hehehe. Maybe awak boleh try tanya dalam group FB yg kita mention dalam entry tu

      Delete
  15. Saya dapat panggilan temuduga dekat umt untuk degree kaunseling. Rasa berbelah bahagi nak masuk hm..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak saya nak tanya kat matrikulasi saya x ambik bio so ada peluang tak nak sambung sains kimia kat umt n banyak ke kita perlu belajar bio dalam kos sains kimia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Saya rasa ada peluang. InshaaAllah. Awak boleh copy and pergi ke link ni >> https://www.umt.edu.my/doc/prog/GS28.pdf untuk tengok syarat minima kos sains kimia. Sepanjang pengalaman saya, ada dalam 2-3 subjek sahaja yang berkaitan Biology. All the best!

      Delete
  17. Hi kak nak tanya untuk medical checkup tu pihak UMT buat apa je ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Hm, susah nak menjawabnya tu sebab kita dah berbeza zaman kan. Tapi kalau zaman saya, medical checkup hanya yg common sahaja macam pemeriksaan X-RAY, ujian darah dan ujian air kencing.

      Delete
  18. Assalamualaikum kak,sorry ganggu.Nak tanya,kalau ambik degree sains biologi,boleh ke jadi doktor, surgeon mcm tu kak?boleh cerita pathway after degree kalau ambik sains biologi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password

Cara delete blog bagi yang lupa email dan password