Thursday, 11 August 2016

UMT : Persoalan?



Hai, assalamualaikum!


Harini, aku rasa terpanggil pulak utk update blog pasal UMT lagi. Ingatkan UMT #Part1 dah cukup. Wakaka. Well, ekceli aku nak share je dgn korang segala persoalan yg menyinggah dekat FB page Freshies of UMT baru2 ni. Terkekeh2 aku gelak sorang2 baca segala persoalan freshies and jawapan student lama UMT. Haha, nak guna senior - junior terasa mcm ada gap pulak. So, kita guna freshies - oldies boleh tak? Wakaka.


Ok lah, aku letak random questions and answers yg aku dah screenshot & menarik perhatian. Ekceli dari smlm lg aku nak update. Akan tetapi, akibat penggunaan pesbuk yg tidak dapat dikawal oleh aku, maka mmg kelaut lah niat nak update blog ni. Huhu.


Hehehe. Mai mai baca segala persoalan dan jawapan depa ni. Haa, aku pun nk cucuk sikitlah komen kat sini. Cewah kemain nak komen bagai. Ko ingat ko sape dayah oii! Hahaha. Ok, kita mula dengan Gambar 1 lah ek? Aku tahu kat page freshies tu dah ada jawapan. Tp aku nak gak bg jawapan aku sndiri! Silent reader je kot kat situ. Malehh aku nk komen - mengomen kat page tu :P 


Haha, aku update ni pun just in case kalau ada budak yg dapat tawaran UMT and tak tahu nak rujuk mana, at least dia gugel, dia boleh jumpa blog aku ni utk merungkai persoalan. Itu pun kalau diorang jumpa lah blog aku yg tak pemes ni. Kahkah! Diorang pun boleh jumpa FB page yg patut diorang follow kat FB melalui blog aku ni. Cewaaahh~


Kalau dekat FB page tu mmg akan ada lah some oldies yg suka bagi jawapan2 merepek dkt budak2 baru ni. Mentang2 ler dah lama stay kat UMT. Terkekeh2 aku gelak. Haha, aku rasa dah menyimpang jauh ni. Okok back to the topic again..







Gambar 1 : Jarak asrama dgn fakulti / kelas / library & etc. tak jauh mana pun. Seperti mana yg aku cakap dalam UMT #Part 1 , UMT ni kecik shomel je. Tak perlukan kenderaan sgt pun utk pusing2 dalam UMT. Jarak dari asrama nak ke kelas2 pun dalam lebih kurang 2km je. Tp, kalau malas nak jalan kaki, naiklah basikal. Kawasan dalam UMT ni seronok tau!







Gambar 2 : Haha yg ni kelakar sikitlah soalan dia. Tergelak 3 saat aku baca soalan mcmni. Tp takpelah. At least dia tanya! Tah2 ada gak org lain yg sama soalan dgn dia tapi malu nk bertanya ke kan? Haha. Ok, jawapannya opkos takde! Group Freshies ni mmg ramai. Umat dalam tu pun dah ada 8500++. Mmg tak muatlah nk sumbat umat2 ni dalam satu group wacep. Hehehe. Oh, yg aku buat kotak merah tu sbnrnya aku saja je nk pemeskan Acik yg memang dah pemes sgt kat UMT ni. Nnti sesape yg jejakkan kaki kat UMT, Acik ni lah yg akan jd fasi korang! Dari zaman aku masuk UMT lg Acik tetap setia menjadi fasi. Fasi letopsss woih. Kelakorrr~







Gambar 3 : Oh itu sudah semestinya awak! Sbb skrg kita dekat U. Jadual belajar pun kita susun sendiri. Kita boleh pilih nak masa kelas waktu bila mengikut apa yg ditawarkan. So, konfem2 lah ada gap. Gap tu pulak kdg2 lama pulak tu. Mmg boleh balik bilik tidur lah weh. Ke gi makan2 ke. Huhu. Benda yg paling digemari para pelajar sudah semestinya bila pensyarah habiskan kelas awal / batalkan kelas. Fehhh mmg berpestaq lah. Eh, yeke? 


Ok, yg dalam kotak merah bawah tu, hai awak! Selamat datang ke Kos Sains Kimia. Hehe. Study betul2 tauuuu. All the best :)









Gambar 4 & 5 : Ok, bg persoalan kos sara hidup kat UMT ni panjang sikit lah nak cerita. Tp aku cuba pendekkan. Hm, utk kos sara hidup kat UMT ni, sbnrnya depends dekat diri sendiri. Kalau pandai kawal wang keluar masuk, inshaaAllah takkan terlebih bajet / duit tak cukup at the end of semester. Aku suggest kan kepada sesape yg ada twitter, follow lah Twitter Kewangan Graduan . Berguna sgt weh! Mcm2 dia ajar pasal kewangan utk kita as student ni. Duit yg kita ada skrg bukan nk guna utk jangka masa pendek. Kdg2 ada some of Uni students ni, kalau ada duit je beli mcm2. Especially girls lah kan sbbnya mcm2 produk kecantikan & penjagaan nak beli. Kdg2 aku pun sama jugak. Aku pernah rasa sesaknya takde duit masa last sem. Sumpah lpsni tobat dah taknak buat lg. 


Duit pinjaman / tajaan yg kita dapat tu sepatutnya kena bahagikan sama rata utk keperluan sepanjang sem. Satu sem dah lah ada lebih kurang 6 bulan. Last sem mmg paling teruk lah kewangan aku. Smpai kdg2 segan nak mintak duit dkt mak ayah aku. Duit makan tu berpada2 lah ye nk makan. Kalau nk makan tempat mahal sekali pun, cukup hanya sekali dua. Jgn lah smpai hari2 nk bedal mkn mahal. Kang end up, hujung sem makan maggi je. Ingat, kita student tau! Kalau mak ayah yg berkemampuan tu, tak kisah sgt lah. Ini yg kalau mak ayah jenis cukup2 makan je dkt rumah, lpstu nk sara lg adik beradik lain, ditambah pulak risaukan kita yg takde duit kat U. Haa, kan dah susahkan mak ayah kita. So, kita kena beringat2 selalu tauuu. Duit tu nak guna utk print notes / buku rujukan / beli brg keperluan yg lain. So, kita kena jimat2 sikit penggunaan duit tu. *peringatan utk diri aku jugak.*


Yang komen oldies dalam Gambar 5 tu sumpah lawak doh. Terbahak2 aku gelak smlm. Hahaha. Tak terlintas langsung yg akan ada org komen cmni. Haha. Mcm ada pengalaman je bang? Wakaka.







Gambar 6 : Fuhhh, yg ni mmg kena take note sgt lah weh! Sbb ada kes budak UMT mati lemas. Jgn memain wooo. Pantai sebelah UMT tu sbnrnya Laut China Selatan. Kalau nk mndi sekali pun, jgn mandi masa air tengah pasang / mandi tempat2 dalam sana. Kalau ada skill berenang sekali pun kena beware! Yg takde skill berenang lg lah, jgn berangan nak mandi manda kat pantai. Celup2 kaki kat gigi air tu takpelah. Hehehe. Jgn bagi mak ayah kita risau tau!







Gambar 7 : Haha, siannya. Gugel2 smpai sesat. Ok, meh sini aku bg tahu cara pemakaian kat UMT ni. Em, aku rasa aku ada buku peraturan UMT. Tp aku tak ingat aku taruk mana. Peraturan pemakaian kat UMT ni sama je mcm kat matriks. Tp, mcm biasalah. Student selalunya awal2 je ikut peraturan. Bila dah berada zon selesa, hilang semua cara pemakaian yg sepatutnya dipakai oleh seorang pelajar. Cara pemakaian kat UMT ni yg penting sopan & kemas. Kalau Malay / Chinese / Indian, please sgt jgn pakai short pants! Lg2 short pants yg jenis tutup takat sampai punggung tu je. Fuhhh sexaaaay!


Majlis Kolej Siswa (MKS), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan2 lain, bertungkus lumus ingatkan pelajar utk berpakaian sopan. Tp, mcm biasalah student buat tak tahu je. Huhu sedih. Freshies jgn pakai short pants tau. Kalau nak pakai sekali pun biarlah yg tutup smpai bawah lutut.  


Kalau pergi kelas, kalau boleh pakai lah kasut. Nmpk kemas sikit sbg seorang pelajar. Bukan masa presentation je pakai kasut. Tak kisah lah kasut jenis apa pun. Yg penting bertutup lah. Kalau boleh jgn lah pakai selipar jamban pi kelas. Kita nk pi menuntut ilmu, nk jumpa pensyarah, pakai lah sopan sikit. Kalau nak pakai sandal pun boleh je. Yg penting bukan selipar jambanZzz. Baju pun, jgn lah pakai baju adik2 5 tahun yg macam sarung nangka. Aiyoyo. 


Tak kisah pun nk pakai baju apa, yg penting sopan! Oh, kad matriks pun jgn lupa pakai. Mmg student selalunya masa awal2 je pakai kad matriks. Dah pertengahan sem, togel semua. Aku sepanjang tahun 1 sampai lah sem 3 tahun 2 aku pakai kad matriks. Ada gak member2 kata mcm budak nerd. Tp, ko persetankan je semua tu. Wakaka. 


Masa sem 4, aku kecundang gak sbb terpengaruh dgn member2 tak pakai kad matriks. Wuwuwu. Until lah this one fine day aku terkantoi dgn staff UMT. Dia tahan aku dgn kawan aku tanya kad matriks mana. Aku cakap ada dalam bag. Lpstu dia tanya kenapa tak pakai. Aku senyap senyum2 kat dia. Lpstu dia suruh aku baca ikrar kat belakang kad matriks tu kuat2 depan dia lpstu kawan2 aku kena ikut. Wakakaka sumpah lawak. Aku rasa mcm kat sekolah2 pulak. Lpstu dia remind kitorg utk pakai kad matriks. Kalau dia jumpa kitorg next time mmg kena saman. RM50 weh! 


Kitorang mmg dah tahu kalau tak pakai kad matriks memang akan kena saman. Tak sangka pulak on that day nasib aku tak berapa baik kena tahan dengan staff UMT. Hahaha degil lg. Lps incident tu aku tobat taknak buat dah. Aku selalu pegang je kad matriks kat tgn utk langkah berjaga2. Wakaka. Kad matriks tu pakai masa nk gi kelas or urusan penting dgn org atasan / pensyarah dan seangkatan dgnnya. Dekat kawasan asrama ko takyah lah pakai puleks. Haha.


Ko tengok yg dalam box merah tu. Hahaha. Kan dah kena teguq sebijik sbb jawab main2 dkt freshies. Nak jawab main2 tu boleh, tp biarlah yg berisi jgn kosong jeee takdak apa2. Kuikuikui~ 


Oh, lagi satu aku nak selit buku peraturan akademik UMT. Sila klik if you want to know more! PROSEDUR PENDAFTARAN / PRAPENDAFTARAN .




Ok, tu je kot aku nk share. Hehehe. 







Thank you for reading! 



No comments:

Post a Comment