Google Docs : Online Microsoft.



Assalamualaikum, hi!



Harini aku nak share sikit pasal online mirosoft (words, excel, powerpoint) dekat diri aku sndiri & sesape yg memerlukan. Heeee :)


Actually ada few people yg kurang tahu pasal benda alah ni. Zaman skrg dah maju, so everything mesti semua nak mudah dan cepat kan?


Aku nak share camne nak guna online microsoft through google. Online microsoft ni penting untuk professional things and jimat masa. sup sap sup sapppp dah settle.. Masaa pun jimaaat!!


Selalunya pelajar universiti mesti ada masalah utk compile files. Especially kalau group works. Kdg2, bila kita nak compile files, ada je kawan2 kita yg tak siap lg and masa nak compile file pun akan tertangguh2. Bila kat U ni, masa kita dgn kawan2 kita pun berbeza tahap kesibukannya. Nak nak kalau member yg jenis aktif. Mmg susah sgt lah nak jumpa utk siapkan group works / assignments.


Google docs ni jugak bagus kalau kita nak buat backup files to prevent file corruptions. Tapi segala kerja online mestilah kena private everything so that takde org boleh tiru hasil kerja kita yg dah kepenatan bersengkang mata siang dan malam teww. Hihi.


Aku pun baru je belajar google docs (singkatan documents) ni from member through whatsapp. Haha gigih en? Thanks DJ! Aku tahu bnda ni wujud, tp tak tahu nk guna acaner.


Haaaa, meh sini aku nk ajarr. Stay tuned! Baca sampai habis ya.


Okay, aku ajar step by step okay??! Focus2 cikgu dayah nk ajar kejap ni :




 1. opkos lah uols kena bukak website google ni dulu




2. Lepastuu, korang login account google korang.. Kalau takde account google sign up lah dulu k :) Tapi aku rasa kalau guna account yahoo or whatsoever pun boleh je sign up dekat sini. Rasanyalah.. Sbb aku ada account yahoo gak, tapi boleh je guna google docs dengan gembiranya dekat sini. Hehehe




3. Lepas dah login tu, dia akan appear google site balik.. then, korang click dekat benda alah dots yg sama mcm dlm kotak warna purple teww. Then click MORE.




4. Lepastu tekan Docs yg mcm dalam star merah tu.




5. Lepastu, dia akan automatic keluar mcm nii. So yang ni kalau korang nak buat apa2 kerja yg guna microsoft words boleh lah guna sini terus. So, kalau nk mula new document tekan dekat Blank symbol (+). Then dah boleh start buat kerja kumpulan guna microsoft words. Internet connections kena strong lah syaratnyaa. Hehe. Senang kan??


Tapi mesti ada orang tk nmpak lagi function dia kan? mesti ada org ckp sama je mcm guna microsoft words yg memang sedia ada dlm laptop. ye, memang sama pun. Tapi yg microsoft words dlm laptop tu bersifat OFFline. Yang ni jenis ONline punyaaa. So kalau korang nk update any kerja dengan ahli group and nak tgk progress kerja ahli group korang boleh cek terus. Okay, nnti aku bg contoh yg aku dah prnah buat dgn ahli group aku ehh??


Okay, next, nmpakkan arrow merah belah kiri tuu. Kalau korang click situ dia akan keluar Docs, Sheets and Slides. So, Docs = Microsoft Words, Sheets = Microsoft Excel and Slides = Powerpoints.




6. Ni contoh assignment yg aku buat dengan ahli group aku utk subjek elektif (Islam & Ideologi). So, document ni cukup sorang je yang create. Then orang yg create document tu kena share link dengan ahli group, so that ahli group boleh edit kerja masing2 dekat situ terus. Takyah susah2 nk email then compile satu persatu. 


So, cmne nk share link tu? Okay, korang nmpak tak arrow merah tu? Korang click situ. Selalunyaa yg button share tu dia letak gmbr padlock. Means private and hanya kau sorang je boleh view, edit and comment document tu.




7. Lepas kau click and bagi nama document, dia akan keluar gini. Ada dua arrow dekat situ. Kalau kau nak specific people boleh edit so kau choose can edit. Or mana2 yg kau nak. Tapi kalau nk specific people je edit, view or comment, kau kena lah ada email dorang. Tapi kalau takde email dorang, kau click dekat arrow 'get shareable link' tuu.. 




8. So, dia akan keluar gini. Kan ada 'anyone with the link can view' tu. So, kalau kau nak orang view sahaja (publicly), kau copy and paste lah link tu dekat facebook or mana2 social media, then tag lah ahli group. Kalau view sahaja for sure ahli group tk boleh edit kan? So tukar lah kepada 'anyone with the link can edit'.


For your information, google docs ni pun boleh access through handphone. So nnti bila dah paste link tu dekat fb, korang bukak fb through handphone then click je link tu. And korang boleh edit bila2 masa.




9. Ni another contoh sheets (microsoft excel) yg aku guna dengan coursemate aku yg 88 orang tuu. Sbbnya kitaorang ada problem nak pilih and update tajuk jurnal. Tajuk2 jurnal yg kitaorang pilih semuanya drpd google. So sememangnya akan ada pelajar yg prgi website yg sama dgn org lain and tajuk jurnal yg diorang pilih pun mungkin sama.


Therefore, bagi nak elakkan from tajuk jurnal yang kitaorang pilih overlapping dengan coursemate, on the first place, kitaorang guna whatsapp utk update semua tu. Copy & paste teknik (for sure!). Tapi tajuk journal kitaorang tu semua bapaaaaak lah panjangnyaa dengan nama molekul2 yang hadee tuu, So tak berapa nak friendly-user sangatlah whatsapp ni (utk part kerja yg systematic and tersusun jerr). Sbb whatsapp pun ada limited words. 


Really thanks lah dekat wani sebab effort dia nk kitaorang keep updating senarai journal. Sorang kena pilih 2 pulak tu! Bayangkan lah betapa panjangnyaa nk menaip, copy & paste dlm group Chem Squad dalam whatsapp. Haha.


Utk pengetahuan semuaa, bila guna google docs ni, kita type2 je then terus tutup goole docs pun takpe sbbnya dia AUTOSAVE. yeaaaay!! so apa2 yg korang update takyah risau lah hilang ke apa. Tapi nnti korang akan nmpak lah tetiba box warna-warni gerak sendiri. Jgn terkejut lak. Yelahhh, orang lain pun update jugak.


So, the one yang create document tu ada hak utk check history. Nmpak kan bentuk oval colour merah tuu? Haaa, org yg create document or sesape yg update online document and login pakai email sendiri jee boleh check history. Then korang click situ.




10. And keluar gini. So boleh check revision history tuu. And kalau tersalah edit ke apa, boleh restore balik previous saved documents. 


Okay, aku rasa tu je kot. Kalau ada pape persoalan, leave comment ya.





Thank you for reading!


Popular posts from this blog

UMT : Universiti Malaysia Terengganu?

Cara nak delete blog lama bagi yang lupa email id & password

Review: Mesin basuh PANASONIC NA-V10FX2LMY best ke idok?