Tuesday, 5 December 2017

Bachelor's Degree



Assalamualaikum!



Hi, apa khabar semua. Rasa dah lama tak update blog ni (memang lama pun! haha). Benda biasa kalau blogger tak update blog ada dua sebab je ; takde mood and kering idea. Haha kan kan?


So, harini aku nak share sikit lah pengalaman. Takdelah pro ke apa. Hanya sekadar suka2. Sebenarnya kan, aku ingat blog aku ni takde reader mcm aku je syok sendiri 😂 rupa2 nya ada. Sorry eh kepada sesiapa yang aku tak jawab DM dekat twitter and Facebook Messenger tu. 


Pointer? Aku rasa agak sikit sedih lah dengan pointer degree aku selama 3 tahun aku belajar. Jujur sepanjang aku belajar degree semua sem aku mampu kekalkan GPA dan CGPA 3.0 ke atas kecuali sem 5 GPA aku drop ke 2.84 tapi CGPA masih maintain 3.0 ke atas. Tapi tak pernah dean's list pun. Hampir2 tu ada, tapi belum rezeki. It's okay. Syukur. GPA dan CGPA aku selalu berada dalam range 3.15-3.43. 


Kenapa CGPA aku 2.84 masa sem 5? Bila skrg aku reflect balik, banyak jugak slack nya. Nak menyesal dah terlambat. Tapi aku harap kepada pembaca yg tengah sambung degree tu boleh jadikan sebagai pengajaran.


Antara perkara2 yg memang effect kau belajar :


1. Emosi

Perempuan dengan emosi ni memang tak boleh berpisah lah aku cakap. Masa zaman belajar ni emosi memang kena pandai jaga walaupun tak stabil. Especially kalau bercinta tu. Aku ni mudah rasa insecure dengan orang especially bab boyfriend. Boyfriend je padahal belum suami lagi dah over. Haha. Yelah, antara ciri2 laki yang aku nak pun semestinya 4 perkara ni ; very well educated, jaga solat, hormat orang lain and jaga penampilan. Tapi, tulah aku dapat boyfriend pandai tapi malas. Lagi lah emosi aku terganggu asek dok fikir dia belajar ke tak sbb nampak memain apa semua. At the end, aku dok risaukan boyfriend, last2 aku yg kecundang pointer dia makin menaik. Lol. Tapi aku nasihat jugak lah kat korang luar sana especially perempuan. Walaupun aku ni ada boyfriend, aku tak galakkan and kalau boleh elak lah daripada bercinta masa belajar unless kalau laki tu betul2 nak nikah dgn korang and dah jumpa mak ayah. So terpulang. Sbb masa bercinta ni otak dah tak focus nak belajar sgt dah. Dah memacam plan. Aku masa dulu mmg yakin gila yg aku takkan terganggu dgn dunia percintaan. Sekali amekkkk kena uji. Masa sem 6 tu memang aku pulun tapi takdelah pulun mana. GPA and CGPA naik mencanak lah jugak tapi still not impressing me. But still.. Alhamdulillah.


2. Kawan

Aku tahu ramai punya ada masalah dengan kawan. Macam aku ni, kawan2 aku baik je, cuma aku ni cepat sangat terasa hati tisu. Puih 😷 Please sangat korang, haha hati jangan tisu sgt. Nak terasa tu boleh, tapi kita skrg hidup dalam dunia yg manusia majority sgt heartless takde perasaan rasa bersalah dekat orang lain. Kalau orang lain tak aware pasal isu sensitivity, biarlah kita yg jadi minoritinya. Pointer aku ter-effect gak dgn kawan2 yg keluar tak ajak pastu post kat instagram pastu aku nangis sorang2 kat bucu katil. Haha! Motif sgt kan? So emosi agak terganggu gak. Kekadang kita pun takyah lah tisu sangat orang tak ajak nak nangis. Tapi tulah, yg kawan2 tu pun ajaklah kawan korang yg terpinggir tu. Dia taknak ikut takpelah yg penting ajak! Jadi aku pun membawa diri dan tak peduli dah lepastu. So, korang jgn terlalu mengharap dkt kawan tau, dunia universiti ni dunia kita kena berdikari and kena tanam sikap suspicious gak kat kawan2. Tak semua yg kita rasa tu baik, tapi sebenarnya bertopeng. Tapi kalau dapat kawan yg betul2 membimbing and ikhlas kawan dgn kita, please, don't let them go. They're diamonds.


3. Belajar

Okay, so korang datang Universiti sebenarnya nak apa? Nak belajarkan? Lepas belajar nak kerja. Kata nak balas jasa mak ayah. So jangan sembang di mulut je, action tu penting! Masa kita belajar ni memang banyak dugaan. Yang penting sabar dan teruskan berdoa dekat Tuhan. Dekatkan diri dengan Tuhan. Haaa, pointer sem 5 GPA 2.84 pun sbb tak dekatkan diri dengan Tuhan. Aku busy dengan dunia tapi solat? Aku lewat2 kan. Aku harap korang yg baca post aku kali ni, please jaga solat tau! Solat awal waktu kunci utk berjaya. Ada lah few of my friends yang dean's list setiap sem. Nak tahu tips? Jangan dengki dengan kejayaan orang lain. Focus dekat diri sendiri je. Plan masa belajar yg kau rasa paling effective dengan diri kau ok? And walaupun kau akan rasa tak yakin mampu ke kau nk dapatkan dean's list bagai, kau back to niat kau. Kalau belajar sbb nak dean's list and bukan sebab ilmu. Kau salah! Sebab apa aku cakap salah? Mungkin kau dapat dean's list, tapi kau tak dapat pun ilmu yg sebenar-benarnya. Sebab apa? Sebab mungkin kau belajar sbb utk pointer je, tapi most of the time kau menghafal, kau tak paham sgt pun intipati subjek tersebut. Sama gak macam aku. Sebab at the end of the day, kau akan rasakan bila kau pergi dunia interview, dunia pekerjaan, dunia di mana kau akan bertemu dengan orang and orang akan tanya pasal segala skills dan knowledge yang kau ada and akan smpai satu masa kau akan tergamam sbb tak mampu nak goreng apa dah. Sebab aku dah rasa 😂 Orang berilmu ni sangat lain. Diorang faham ilmu tersebut, jadi diorang pun semestinya akan faham cara nak apply and amalkan macam mana. Ok? Betulkan niat yg paling utama. Belajar sebab apa? Untuk diri sendiri jugak kau yg untung. Apa2 pun ingat dalam bait2 azan "marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan". Allah tak janjikan baca buku banyak dia berjaya. Orang yg bersolat dan berusaha pasti akan berjaya 😁😁😁 Susah mcm mana sekali pun, yg penting usaha then tawakal. Allah je mampu nilai usaha.


4. Mak Ayah

Blessing mak ayah. Minta diorang doakan sbb most of kejayaan kita harini adalah disebabkan terkabulnya doa mak ayah. Ok?


5. Sampah

Masa belajar ni, tolong simpan dalam otak ingatkan diri hari2. Jangan layan benda2 sampah especially yg menyakitkan diri sendiri. Orang mungkin nampak luaran kita ok, tapi dalaman hanya kita dan Tuhan je yg tahu. Please sgt, sayangkan zaman belajar degree ni. Sayangkan masa. Sayangkan ilmu. Sayang mak ayah. Sayang pensyarah and kawan2. Masa belajar, focus. Sayangkan pointer jugak sbb at the end of the day masa kerja orang tgk pointer! Target tinggi and cabar diri utk dapatkan target tersebut. Nnti kau yg untung dan gembira sebab dapat pointer bagus, dapat selempang emas, nak kerja sng, nak apply biasiswa senang utk masa depan! Masa lepak dgn kawan enjoy sehabis mungkin. Ni semua akan tinggal kenangan yg korang akan rindu sangat. Enjoy masa degree sbb korang takkan dapat ulang masa ni. Sibukkan diri utk join aktiviti universiti sbb kat sinilah boleh improve social skills korang. Hargai semua ni. Kalau ada salah faham, minta maaf cepat2 walaupun bukan salah kita. Memaafkan orang buat hati kita jd lapang, belajar pun senang. Jangan over thinking mcm aku ok? Stay positive 💙💚💛💜


      





Overall dapat kaitkan tak pointer naik turun dgn 5 faktor ni? Kalau tak paham, cuba fikir secara meticulous ok? Ni antara short-story pengalaman aku and apa yg aku rasa je yg effect pointer. Oklah, aku rasa macam tengah jawab soalan essay pulak. Next time lah pulak bila2 aku rajin aku update lagi. Thank you for reading!